GENK XOXO

Sunday, October 24, 2010

NAPA POMPUAN SUKAK NANGIS

 KENAPA WANITA MENANGIS ?
                                                                               




TERKENANGKAN SESUATU
Em..teringat zaman silam pasti memberi reaksi yang berbeza-beza mengikut mood ketika itu. Waktu gembira tentu mereka akan tersenyum ceriakan. Begitu juga di kala terkenang waktu sedih, air mata pasti akan mengalir.

INGIN MEMANIPULASI KEADAAN
Rasa bersalah dan malu seringkali diungkapkan oleh wanita dengan menangis. Perkara ini dilakukan semata-mata untuk menarik perhatian dan usaha bagi menutupi kesalahan dari pasangan agar tidak marah dan kecewa dengan dirinya. Sikap ini seperti kebudak-budakkan tetapi hanya inilah sahaja jalan bagi memohon kemaafan atau sekadar untuk bermanja-manja dengan pasangannya.

FAKTOR HORMON
Waktu menstruasi wanita memang menyebabkan mereka cenderung untuk rasa sensitif, marah-marah dan sukar mengawal perasaan apatah lagi dengan perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Kadang-kadang hanya kerana hal kecil sahaja seperti terlupa beli barangan yang dipesan, wanita ini terus terasa dan menangis. Isteri juga boleh tiba-tiba marah dan menyebabkan lelaki akan lebih kebingungan menghadapi sikap tersebut.


              p/s: aq no komen lar,,,dari korang jak nak nilai camna..heheheh..=D


(credit:arb doll)

No comments: